Skip to main content

SOFTWARE ADOBE PHOTOSHOP , ILLUSTRATOR DAN INDESIGN

Pada kelas yang seterusnya, Dr Syazwani telah memberi pendedahan kepada kami serba sedikit mengenai software adobe , antaranya ialah Adobe Photosho, Adobe Illustrator dan juga InDesign

Aktivit yang kami lakukan didalam kelas ialah pensyarah meminta kami untuk berfikir sendiri dan menyatakan perbezaan bagi ketiga-tiga software tersebut. Cara yang dilakukan ini agak menyeronokkan kerana kami tidak hanya duduk sahaja didalam kelas.
Dengan kaedah yang dilakukan ini kami sebagai pelajar akan berfikir sendiri dan tidak hanya "disuap" oleh pensyarah dan menjadi malas untuk berfikir sendiri. 

Adobe Photoshop
Adobe Photoshop merupakan software adobe yang paling popular diantara ketiga-tiga software tersebut. Photoshopadalah software yang berasaskan imej raster. Imej raster ialah imej yang ditentukanoleh bilangan pixel( apabila zoom, gambar akan kelihatan pecah). Software Photoshop sesuai digunakan untuk tujuan penyuntingan gambar, web, imej, video
         Photoshop juga kerap digunakan untuk menyunting atau menambah teks didalam imej. Namun begitu, disarankan agar membawa imej yang telah disunting kedalam ilustrator untuk tambahan teks.
Hal ini kerana teks akan berubah bentuk kerana Photoshop dipengaruhi oleh bilangan pixel imej dan imej didalam ilustrator adalah vetor. Sekiranya kerja penyuntingan yang dilakukan akan dicetak, lebih baik menggunakan illistrator dan sekiranya teks terlalu banyak , disyorkan untuk menggunakan InDesign.

Adobe Illustrator
   Adobe Illustrator tidak kerap digunakan seperti photoshop, Walaubagaimanapun, ia mempunyai kelebihan bagi penghasilan rekabentuk grafik. Sekiranya imej yang dihasilkan bakal diubah saiznya mengikut keperluan, seperti logo seeloknya menggunakan illustrator. Illustrator juga sesuai digunakan untuk penghasilan lukisan yang berasaskan vector, ilustrasi, kad busines dan letterhead. Garisan yang dihasilkan Photoshop kerap kelihatan berkotak kotak, hal ini kerana Photoshop yang berasaskan pixel. Hal ini tidak akan berlaku pada illustrator kerana ianya berasaskan vector.  Satu formula matematik digunakan bagi menghasilkan garisan atau imej . Hasilnya jika saiz garisan atau imej diubah, pengiraan semula dilakukan bagi menghasilkan imej yang tidak berkotak-kotak dan imej akan tajam dan jelas.
Namun begitu, Illustrator tidak mempunyai tools yang sesuai bagi menyunting gambar.

InDesign
Software InDesign tidak begitu popular diantara ketiga-tiga software ini.InDesign mempunyai kemampuan yang lebih baik jika digunakan bagi mengendali projek-projek yang melibatkan banyak muka surat serta mempunyai banyak teks. Lebih lebih lagi bila sesuatu projek menggunakan Master Layout.
InDesign tidak mempunyai kelebihan dalam penyuntingan gambar atau penghasilan Ilustrasi. Kerja sedemikian hendaklah diserahkan kepada Photoshop dan Ilustrator.

Gabungan ketiga-tiga perisian ini hendaklah digunakan bagi penghasilan kerja yang mantap.





Comments

Popular posts from this blog

ELEMEN DAN RPINSIP REKAAN DALAM R.B GRAFIK

  Elemen dan Prinsip rekaan merupakan sesuatu  yang penting dalam penghasilan sesebuah karya yang berkualiti. Tidak kira sama ada ia merupakan seni halus mahupun seni digital. Elemen dan prnsip rekaan hendaklah dipelajari dan dambil berat oleh setiap pengkarya terutamanya yang baru hendak berjinak didalam bidang seni dan hendaklah dipraktikkan selalu supaya penghasilan karya menjadi lebih mantop!   Elemen pertama yang akan saya ceritakan ialah elemen Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Gambar disebelah merupakan contoh-contoh garisan yang digunakan dalam penghasilan sesebuah karya. Seterusnya ialah Rupa Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempada

TYPOGRAPHY

Menghasilkan Font sendiri merupakan tugasan pertama yang telah diberikan kepada kami. Font yang dihasilkan hendaklah mengikut kreativiti sendiri berdasarkan subject matter yang dipilih oleh setiap pelajar.  Seperti yag kita tahu, tipografi semestinya berkaitan dengan huruf atau tulisan yang diciptakan kesan kesan tertentu sehingga membolehkan audiens membacanya dengan mudah. Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai Tipografi.  Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk   dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi   merupakan satu seni   atau teknik pemilihan dan penyusunan   taip. Penggunaan tipografi   bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk taip dan aplikasi termasuk   'typesetting’, dan rekabentuk   ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentu

REKA BENTUK GRAFIK

Apa itu Reka Bentuk Grafik ? Pada minggu kedua kuliah , kami telah diberikan penerangan secara umum tentang apa yang dimaksudkan dengan reka bentuk grafik. Reka Bentuk Grafik (RBG) merupakan salah satu cabang didalam bidang seni. RBG banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej dan ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.RBG juga merupakan bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, perkatan, simbol dan gambar. PRINSIP REKA BENTUK GRAFIK Seperti juga bidang seni halus, Reka Bentuk Grafik juga mempunyai 6 prinsipnya tersendiri yang mudah dikenali melalui akronim CASPER Ha bukan Casper seperti yang didalam gambar tau ! Tetapi CASPER merupakan singkatan kepada                                                                    C - CONTRAST