Menghasilkan Font sendiri merupakan tugasan pertama yang telah diberikan kepada kami. Font yang dihasilkan hendaklah mengikut kreativiti sendiri berdasarkan subject matter yang dipilih oleh setiap pelajar.
Seperti yag kita tahu, tipografi semestinya berkaitan dengan huruf atau tulisan yang diciptakan kesan kesan tertentu sehingga membolehkan audiens membacanya dengan mudah.
Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai Tipografi.
Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi merupakan satu seni atau teknik pemilihan dan penyusunan taip. Penggunaan tipografi bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk
taip dan aplikasi termasuk 'typesetting’, dan rekabentuk ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentuk poster termasuk yang berskala besar seperti papan kenyataan, papan iklan atau billboard.Bidang perniagaan dan periklanan juga menggunakan taip sebagai elemen komunikasi terutama untuk mempromosikan perniagaan mereka samada sebagai logo korporat mahupun sebagai identiti korporat yang meliputi surat kepala, sampulsurat, kad peniagaan risalah produk . iklan dan sebagainya.Kemajuan teknologi juga mengakibatkan tipografi kini sudah berbentuk digital samada dipaparkan dilaman web, di skrin LCD telefon bimbit, permainan video dan sebagainya (Sumber)
Bagi mendapatkan inspirasi atau idea bagi menghasilkan Typography / font sendiri. Saya telah membuat rujukan di beberapa laman web seperti DesignBoom , Canva.
Comments
Post a Comment