Skip to main content

REKA BENTUK GRAFIK

Apa itu Reka Bentuk Grafik ?

Pada minggu kedua kuliah , kami telah diberikan penerangan secara umum tentang apa yang dimaksudkan dengan reka bentuk grafik. Reka Bentuk Grafik (RBG) merupakan salah satu cabang didalam bidang seni. RBG banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej dan ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.RBG juga merupakan bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, perkatan, simbol dan gambar.


PRINSIP REKA BENTUK GRAFIK


Seperti juga bidang seni halus, Reka Bentuk Grafik juga mempunyai 6 prinsipnya tersendiri yang mudah dikenali melalui akronim CASPER



Ha bukan Casper seperti yang didalam gambar tau ! Tetapi CASPER merupakan singkatan kepada 

                                                                  C - CONTRAST
                                                                  A - ALIGNMENT
                                                                  S - SIMPLICITY
                                                                  P - PROXIMITY
                                                                  E - EMPHASIS
                                                                  R - REPETITION

CONTRAST

Contras atau kontra melibatkan dua subjek matter yang saling bertetangan atau tidak serupa, bagi menunjukkan perbezaan tersebut makaperbezaan itu hendaklah ditunjuk denganketara bagi mengelakkan unsur didalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.  Contras 
biasanya melibatkan imej, warna  
dan typography


ALIGNMENT

Aligment atau seimbang didalam 
elemengrafik disusun supaya beratnya 
seimbang didalam setiap bahagian  reka bentuk. Keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu seimbang formal dan tidak formal. 


SIMPLICITY
Rekaan  haruslah  mudah difahami cepat dan jelas.
Mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat. 
Hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual 
tayangan.Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.


PROXIMITY

Perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi 
bersama sebagai satu kesuluruhan.

EMPHASIS

Dominan atau pusat penumpuan. Dalam sesuatu rekaan visual, objek  atau item  utama  mestilah ditonjolkan  agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)


REPETITON
Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. 
Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, 
garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, 
format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.



Comments

Popular posts from this blog

ELEMEN DAN RPINSIP REKAAN DALAM R.B GRAFIK

  Elemen dan Prinsip rekaan merupakan sesuatu  yang penting dalam penghasilan sesebuah karya yang berkualiti. Tidak kira sama ada ia merupakan seni halus mahupun seni digital. Elemen dan prnsip rekaan hendaklah dipelajari dan dambil berat oleh setiap pengkarya terutamanya yang baru hendak berjinak didalam bidang seni dan hendaklah dipraktikkan selalu supaya penghasilan karya menjadi lebih mantop!   Elemen pertama yang akan saya ceritakan ialah elemen Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Gambar disebelah merupakan contoh-contoh garisan yang digunakan dalam penghasilan sesebuah karya. Seterusnya ialah Rupa Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempada

TYPOGRAPHY

Menghasilkan Font sendiri merupakan tugasan pertama yang telah diberikan kepada kami. Font yang dihasilkan hendaklah mengikut kreativiti sendiri berdasarkan subject matter yang dipilih oleh setiap pelajar.  Seperti yag kita tahu, tipografi semestinya berkaitan dengan huruf atau tulisan yang diciptakan kesan kesan tertentu sehingga membolehkan audiens membacanya dengan mudah. Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai Tipografi.  Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk   dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi   merupakan satu seni   atau teknik pemilihan dan penyusunan   taip. Penggunaan tipografi   bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk taip dan aplikasi termasuk   'typesetting’, dan rekabentuk   ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentu