Skip to main content

ELEMEN DAN RPINSIP REKAAN DALAM R.B GRAFIK

  Elemen dan Prinsip rekaan merupakan sesuatu  yang penting dalam penghasilan sesebuah karya yang berkualiti. Tidak kira sama ada ia merupakan seni halus mahupun seni digital. Elemen dan prnsip rekaan hendaklah dipelajari dan dambil berat oleh setiap pengkarya terutamanya yang baru hendak berjinak didalam bidang seni dan hendaklah dipraktikkan selalu supaya penghasilan karya menjadi lebih mantop!

 Elemen pertama yang akan saya ceritakan ialah elemen Garisan

Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Gambar disebelah merupakan contoh-contoh garisan yang digunakan dalam penghasilan sesebuah karya.

Seterusnya ialah Rupa

Bentuk
Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.


Jalinan
Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.

Ruang
Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.

Warna
Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. 


Comments

Popular posts from this blog

TYPOGRAPHY

Menghasilkan Font sendiri merupakan tugasan pertama yang telah diberikan kepada kami. Font yang dihasilkan hendaklah mengikut kreativiti sendiri berdasarkan subject matter yang dipilih oleh setiap pelajar.  Seperti yag kita tahu, tipografi semestinya berkaitan dengan huruf atau tulisan yang diciptakan kesan kesan tertentu sehingga membolehkan audiens membacanya dengan mudah. Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai Tipografi.  Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk   dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi   merupakan satu seni   atau teknik pemilihan dan penyusunan   taip. Penggunaan tipografi   bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk taip dan aplikasi termasuk   'typesetting’, dan rekabentuk   ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentu

REKA BENTUK GRAFIK

Apa itu Reka Bentuk Grafik ? Pada minggu kedua kuliah , kami telah diberikan penerangan secara umum tentang apa yang dimaksudkan dengan reka bentuk grafik. Reka Bentuk Grafik (RBG) merupakan salah satu cabang didalam bidang seni. RBG banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej dan ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.RBG juga merupakan bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, perkatan, simbol dan gambar. PRINSIP REKA BENTUK GRAFIK Seperti juga bidang seni halus, Reka Bentuk Grafik juga mempunyai 6 prinsipnya tersendiri yang mudah dikenali melalui akronim CASPER Ha bukan Casper seperti yang didalam gambar tau ! Tetapi CASPER merupakan singkatan kepada                                                                    C - CONTRAST