Elemen dan Prinsip rekaan merupakan sesuatu yang penting dalam penghasilan sesebuah karya yang berkualiti. Tidak kira sama ada ia merupakan seni halus mahupun seni digital. Elemen dan prnsip rekaan hendaklah dipelajari dan dambil berat oleh setiap pengkarya terutamanya yang baru hendak berjinak didalam bidang seni dan hendaklah dipraktikkan selalu supaya penghasilan karya menjadi lebih mantop! Elemen pertama yang akan saya ceritakan ialah elemen Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Gambar disebelah merupakan contoh-contoh garisan yang digunakan dalam penghasilan sesebuah karya. Seterusnya ialah Rupa Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempada