Skip to main content

Posts

ELEMEN DAN RPINSIP REKAAN DALAM R.B GRAFIK

  Elemen dan Prinsip rekaan merupakan sesuatu  yang penting dalam penghasilan sesebuah karya yang berkualiti. Tidak kira sama ada ia merupakan seni halus mahupun seni digital. Elemen dan prnsip rekaan hendaklah dipelajari dan dambil berat oleh setiap pengkarya terutamanya yang baru hendak berjinak didalam bidang seni dan hendaklah dipraktikkan selalu supaya penghasilan karya menjadi lebih mantop!   Elemen pertama yang akan saya ceritakan ialah elemen Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Gambar disebelah merupakan contoh-contoh garisan yang digunakan dalam penghasilan sesebuah karya. Seterusnya ialah Rupa Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempada
Recent posts

ILLUSTRATOR : POKOK VECTOR

Tugasan yang seterusnya ialah kami diminta untuk menghasilkan Pokok Vector menggunakan software Adobe Ilustrator. Cara penghasilan pokok ini telah ditunjuk ajar oleh Dr Syazwani ketika didalam kelas. Kami telah diberi tempoh selama 2 minggu untuk menyiapkannya dan setelah selesai Pokok-pokok tersebut dicetak dan ditampal diatas board putih untuk diframekan. berikut merupakan pokok-pokok yang telah saya hasilkan. Apa yang telah saya peroleh memlalui penghasilan pokok ini ialah penggunaan brush yang terdapat didalam illustrator. Kami diajar cara menghasilkan brush sendiri dan tidak menggunakan brush yang sedia ada diadalam Illustrator. Sebelum mempelajariny saya hanya tahu menggunakan brush yang sedia ada sahaja dan tidak tahu cara untuk menghasilkan brush sendiri. 

SOFTWARE ADOBE PHOTOSHOP , ILLUSTRATOR DAN INDESIGN

Pada kelas yang seterusnya, Dr Syazwani telah memberi pendedahan kepada kami serba sedikit mengenai software adobe , antaranya ialah Adobe Photosho, Adobe Illustrator dan juga InDesign Aktivit yang kami lakukan didalam kelas ialah pensyarah meminta kami untuk berfikir sendiri dan menyatakan perbezaan bagi ketiga-tiga software tersebut. Cara yang dilakukan ini agak menyeronokkan kerana kami tidak hanya duduk sahaja didalam kelas. Dengan kaedah yang dilakukan ini kami sebagai pelajar akan berfikir sendiri dan tidak hanya "disuap" oleh pensyarah dan menjadi malas untuk berfikir sendiri.  Adobe Photoshop Adobe Photoshop merupakan software adobe yang paling popular diantara ketiga-tiga software tersebut. Photoshopadalah software yang berasaskan imej raster. Imej raster ialah imej yang ditentukanoleh bilangan pixel( apabila zoom, gambar akan kelihatan pecah). Software Photoshop sesuai digunakan untuk tujuan penyuntingan gambar, web, imej, video          Photoshop ju

TYPOGRAPHY

Menghasilkan Font sendiri merupakan tugasan pertama yang telah diberikan kepada kami. Font yang dihasilkan hendaklah mengikut kreativiti sendiri berdasarkan subject matter yang dipilih oleh setiap pelajar.  Seperti yag kita tahu, tipografi semestinya berkaitan dengan huruf atau tulisan yang diciptakan kesan kesan tertentu sehingga membolehkan audiens membacanya dengan mudah. Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai Tipografi.  Tipografi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu typos yang bermakna bentuk   dan grapho yang bermakna tulisan.Tipografi   merupakan satu seni   atau teknik pemilihan dan penyusunan   taip. Penggunaan tipografi   bukan sahaja melibatkan media percetakkan seperti buku, suratkhabar , majalah , makalah dan sebagainya malahan ianya amat meluas dan mencakupi semua aspek yang melibatkan taip, antaranya rekabentuk taip dan aplikasi termasuk   'typesetting’, dan rekabentuk   ‘typeface’, tulisan tangan, kaligrafi, seni khat, graffiti, rekabentu

REKA BENTUK GRAFIK

Apa itu Reka Bentuk Grafik ? Pada minggu kedua kuliah , kami telah diberikan penerangan secara umum tentang apa yang dimaksudkan dengan reka bentuk grafik. Reka Bentuk Grafik (RBG) merupakan salah satu cabang didalam bidang seni. RBG banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej dan ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.RBG juga merupakan bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, perkatan, simbol dan gambar. PRINSIP REKA BENTUK GRAFIK Seperti juga bidang seni halus, Reka Bentuk Grafik juga mempunyai 6 prinsipnya tersendiri yang mudah dikenali melalui akronim CASPER Ha bukan Casper seperti yang didalam gambar tau ! Tetapi CASPER merupakan singkatan kepada                                                                    C - CONTRAST                          

PENGENALAN

MINGGU PERTAMA Pada entri yang pertama ini saya akan memperkenalkan diri saya. Nama saya Nurul Nabilah Izzati binti Bujang dan berasal dari Sarawak dan telah melanjutkan pelajaran di UPSI pada tahun 2016. Saya telah mengambil Studio Asas Grafik pada semester yang ketiga atas dasar minat. Blog ini dicipta adalah bertujuan untuk membuat refleksi kuliah setiap minggu untuk kelas SL Grafik. Pada minggu pertama kuliah, Studio Lanjutan Grafik masih didalam proses antara akan dibuka atau tidak kerana pelajar yang tidak mencukupi. Pelajar pada minggu pertama hanya seramai 5 orag sahaja. Oleh kerana keinginan kami yang amat tinggi untuk mengambil Studio Lanjutan Grafik pada semester ini, kami telah berusaha untuk menambah bilangan pelajar. Usaha kami telah membuahkan hasil apabila telah berjaya mendapatkan seramai 9 orang pelajar untuk menyertai kami dan menjadikan bilangan keseluruhan kami seramai 14 orang.